Kalau lah diikutkan hati remaja ku ini, memang aku tak sanggup nak memutuskan hubungan yang sudah memakan masa dua tahun ini. Tapi disebalik rasa itu, aku percaya Allah sudah tentukan yang terbaik untuk ku walaupun bukan sekarang tetapi In Sha Allah di akhirat sana. Perempuan, sungguh hatinya sangat nipis tak seperti kebanyakan lelaki. Pertengahan tahun 2009, dengan takdirNya aku mengenali seseorang. Perkenalan kami mungkin seperti kebanyakan remaja lain juga. Kami mula kenal dari satu insiden di mana salah seorang dari kawan kami telah memberi nombor telefonku kepadanya. Jadi dipendekkan cerita, kami mula rapat dan mengenali isi hati masing-masing melalui sms sahaja. Tidak pernah pun melihat paras rupa. Hanya kata-kata sms dan juga suara dari telefon. Itupun kadang-kadang sahaja. Dari hari ke hari kami mula rasa persahabatan itu sudah bertambah erat. Malah katanya, hubungan kami sudah seperti lebih dari teman tapi mesra. Apa tidaknya, setiap hari kalau boleh kami...