About My Doctor @ Dr Tina

Assalamualaikum... Alhamdulillah syukur pada Allah sebab Allah masih bagi peluang untuk meneruskan kehidupan. Allah bagi lagi peluang untuk kita bertaubat. Subhanallah baiknya Allah. Jika dihitung nikmat yang Allah dah bagi ini nescaya boleh pecah kalkulator. Tak terhitung banyaknya nikmatNya. Yaa kadang-kadang kita rasa kita masih tak cukup dengan apa yang Allah bagi pada kita.Bandingkan dengan orang yang lebih susah dari kita dan dengan cara itu sahaja membuatkan kita lebih insaf,menghargai apa yang ada disekeliling kita kan. Saya faham jiwa manusia.Manusia tidak pernah berasa puas apa yang dia dapat sekarang. Kalau boleh nak ada seperti orang lain ada. Percaya sahaja Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Teringat saya dalam surah al-baqarah ayat 121

  • Image result for allah mengetahui apa yang terbaik
Bila kita faham dan hadam ayat ini, dengan sendirinya kita akan refleks atau muhasabah balik diri kita sebenarnya. Yang berlaku pasti ada sebab dan kemanisan itu akan berada di penghujung.Doalah dan minta pada Allah supaya Allah berikan yang terbaik dan jauhkan perkara yang buruk dari kita kan?Alhamdulillah saya bersyukur sangat sebab Allah pilih saya dalam jalan dakwah. Sejarah lepas masa zaman saya jahiliyyah banyak mengajar saya.Saya lebih menghargai nikmat dalam tarbiyah. Sentiasa berlumba dan bersemangat untuk mencari dan berkawan dengan orang yang baik akhlaknya. Allahurabbi hampir lima tahun saya berdoa supaya Allah berikan apa yang saya perlu iaitu sahabat yang baik hati,baik akhlaknya dan bagus latar belakang akademiknya.Allah bagi semua itu pada jalan ini jalan dakwah.Terima kasih Allah. Bersyukur sebab saya ada akhawat.Tempat saya mengadu dan bermanja.

Ya entri kali ini saya mahu cerita tentang akhawat juga akhawat Shah Alam iaitu Dr Tina. Dr Tina ini subhanallah hebat sangat.Tak putus-putus saya doa supaya Allah temukan saya dengan kawan-kawan kerja dr. Sekali Allah bagi bertemu dengan Dr Tina.Alhamdulillah.. :) :)

Ceritanya bermula apabila saya mencari staffnya abang ashraf sebab ada hal sedikit. Bila saya sampai di kedai Dr Tina ada staff dr pakai baju Ikram Siswa. Then dr Tina pun terkejut sebab kami pakai baju yang sama. Dr Tina kata ehh baju sama. U all berpakat ke ni?Saya kata kebetulan jee ni. Dan saya bertanya pada dr tina tentang abg ashraf kemudian dr kata carik dia di Plaza. Masa jumpa abg ashraf dan abg ashraf kata dr Tina pun ikram sebab dia nampak saya pakai baju ikram siswa.Lepas saya settle urusan dengan abg ashraf saya terus balik kompleks pkns dan pergi lagi kedai dr.Alhamdulillah masa tu patients dr dah balik. Masa tu saya dengan dr borak diluar dan kemudian dr bertanya tentang background study saya dan bila saya memberitahu saya mengambil jurusan saya terus dr ajak saya masuk kedainya dan kami borak. Mashaallah begitu mudah kami mesra.Borak punya borak saya meminta izin untuk pulang sebab ada hal dan masa itu juga patients dr pun dah datang.

Esoknya saya datang lagi. Saya datang dalam jam 4pm. Kebetulan masa itu dr baru habis sesi consultan dengan patients beliau,.Saya pula datang sebab nak beli jus delima.Waktu pun dah masuk asar. Bila saya saya sampai kedai dr dan dr kata macam ini . Alhamdulillah awak benar-benar menyerah diri Boleh tolong jaga kedai jap tak? saya nak ambil wuduk.Nak solat. saya jawab boleh sahaja dr. Saya jaga kedai dr seperti apa yang dr minta. Bila dr dah habis solat kami borak-borak,dan membantu dr juga sedikit-sedikit di kedainya.Saya jenis yang tak boleh jumpa akhawat especially makcik-makcik,mudah sangat mesra. Saya lebih mudah mesra dengan makcik-makcik berbanding dengan orang-orang muda. Kalau dah jumpa memang lama ya ampunn.Huhu.Sempat lagi Dr Tina mempengaruhi saya membeli jus delima botol.Saya pun terpengaruh dan akhirnya saya membeli.

Sempat lagi dr Tina offer saya bekerja di kedainya memandangkan next week akan ada ekspo jualan di bawah. Dr kata dr nak pakai pekerja dan minggu expo itu pula dr ke Terengganu kerana ada majlis perkahwinan anak kawan beliau.Dr minta saya bantu untuk jaga gerai.Tak sampai hati nak tolak tawaran dr. Jadi saya pun bersetuju untuk bekerja bantu dr.Alhamdulillah pada masa ini dr ajak naik dengan dia balik rumah sama memandangkan rumah kami tak jauh sangat. Lepas habis class hari Selasa dalam jam 10am saya gerak keluar dari Puncak Perdana dalam jam 11am dan sampai PKNS dalam jam 12.00pm. Terus naik ke kedai dr dan dr bagi taklimat tentang bisnesnya.Boleh pulak masa dr sedang bercakap dengan saya,saya main phone sebab busy melayan waksep group.Dr tegur saya. Dr kata kerja dengan saya tak boleh mengadap phone.Jawab whatsap yang penting sahaja. Mengadap phone saya tak benarkan.Takut gila tengok dr tegur saya.since daripada itu saya cover main phone.Kadang-kadang saya tinggalkan phone saya di kedai dr bila saya keluar sekejap dan kadang-kadang lama sahaja saya keluar.

Dr Tina yang banyak support saya di Shah Alam sehinggakan saya tak layan lagi murrabi saya. Saya hanya nampak beliau sahaja. Beliau seorang yang tegas dan sangat baik. Beliau hampir buat saya menangis dengan kata-kata beliau yang sangat deep. Alhamdulillah beliau telah offer saya bekerja dengan beliau selepas saya habis belajar nanti.





Disebabkan hajat beliau ini, beliau meminta saya kurus dan sihat macam beliau.


Beliau meminta saya slim seperti beliau. Beliau kata badan saya banyak sangat asidic. Jadi beliau terpaksa bertegas dengan saya dalam bab makan. Ya sekarang saya sedang tidak beberapa nak sihat disebabkan asidic dalam badan yang sangat banyak. Beliau lah yang menjaga pemakanan saya sehingga saya turun 7kg dalam masa sebulan.Ya saya dah rasa berat saya turun sebab saya tak berapa nak sihat tetapi tak sangka turun mendadak dalam masa sebulan.Beliau punya happy dan memberitahu pada patients beliau especilly remaja tentang saya sebagai testimony beliau yang berjaya mengikut pemakanan sihat yang diamalkan oleh beliau.

Paling sadis bila time makan dengan beliau, saya pernah makan nasi putih,tempe dan begedil disebabkan saya gatal-gatal. Beliau tak bagi saya makan ikan yang ada sebab gatal.So nak buat macam mana ikut sahajalah. Nampak sangat dr ambil kisah . nasib saya ni sayang sangat dengan dr.

Dr belikan saya baju lagi. Ya ampun macam manalah saya tak bertambah sayang.Lagilah saya sayang. Dr ni macam ex murrabi saya dulu taw. Rindu saya pada dia. Bila dah jumpa dr ni,takdelah saya dok terkenang2 lagi pada cikgu saya. Bila meluahkan perasaan yang murrabi saya suruh saya isi borang bm pada dr, boleh dr bahan saya.Sabarjelah saya dengan dr ni. Saya tahu dr seorang yang positive dan saya sangat tsiqah pada dr untuk guide saya isi borang baitul muslim.huhu.

Panjangnya entry kali ini tentang dr saya. I.Allah saya cuba buat yang terbaik dan tidak akan mengecewakan dr ya. Mohon doakan saya. Dr kata pada saya. dah janji sama-sama nak jual ubat kat syurga. I.Allah saya akan sentiasa berada dengan dr even saya dah kahwin nanti. Saya janji dr.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI USRAH

Antara Tips-tips untuk kurus secara Sihat