Rawatlah Hati Akibat Terpisah


Anda kehilangan?Dia pergi meninggalkan anda?Apakah anda sedang bersedih sekarang?Anda berasa hidup sudah tidak bererti sekarang?Anda sudah berada di jurang neraka?Ahh..mengapa terlalu cepat patah semangat?

Janganlah terlalu bersedih kerana setiap orang yang kita temui dan pernah bersama-sama dengan kita, hujungnya akan pergi jua.Tidak perlu terlalu menangis apabila terpisah dengan seseorang biarpun dia amat kita sayang kerana pertemuan dan perpisahan tetap berlaku biar bagaimanapun kita cuba mengelaknya.Doakan dia bahagia di alamnya yang serba misteri itu.

Seandainya dia pergi disebabkan kematian, redhalah atas pemergian itu.Buktikan kecintan abadi anda dengan memanjatkan doa dan bersedekah al-Fatihah banyak-banyak buatnya,agar dia di alam sana mendapat manfaat daripada kasih-sayang sera kecintan abadi anda itu.Usah terllau ditangisi sebab kita juga tidak akan tinggal selamanya tinggal di bumi ini.Tiba masanya kita akan menyusul juga.Moga-moga kita memperoleh syurga di sana nanti.

Andainya dia pergi akibat perpisahan cinta,biarkanlah sebab setiap orang berhak menentukan siapa yang mahu dicintainya dalam hidup.Jika dia memilih orang lain, biarkanlah sebab kita juga berhak membuat pilihan.Tidak perlu kita terlalu menyesali satu-satu perpisahan sebab kita tidak pernah tahu apakah setiaqp pertemuan itu baik buat kita, atau sebenarnya perpisahan lebih bermakna untuk kita,demi kebaikan kehidupan kita di dunia juga di akhirat...

Setiap kali anda merasakan terlalu perit mengalami hubungan yang terputus,kenang-kenanglah bagaimana ibu bapa sharlinie, melalui saat duka itu yang tiada kesudahan sehingga hari ini.Bahkan Sharlinie lebih mendukacitakan kerana dia hanya kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa sewaktu hilang.

Sesungguhnya,setiap yang bermula akan ada akhirnya.Walau bagaimanapun kita mengharapkan satu-satu pertemuan itu berkekalan,namun tiba masanya akan terpisah jua.

Rasulullah s.a.w
'Ya ALLAH aku berserah kepada ENGKAU,aku beriman kepada ENGKAU,aku bertawakal kepada ENGKAU dan aku berjuang kerana ENGKAU,tiada TUHAN yang aku sembah melainkan ENGKAU,janganlah aku disesatkan.ENGKAU yang hidup dan tidak akan matisedangkan jin dan manusia semua akan mati"

Tidak perlu terlalu menangis apabila terpisah dengan seseorang biarpun Dia amat kita sayang,kerana pertemuan dan perpisahan tetap berlaku biar bagaimanapun kita cuba mengelaknya

Ulasan

  1. Pengalanku semasa aku bercouple.sekarang aku sudah tidak bercouple kerana aku mahu menjaga hati guru kesayanganku..Aku terima dengan REDHA dengan perpisahan ini..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI USRAH

Antara Tips-tips untuk kurus secara Sihat

BANGGA HILANG DARA-remaja berusia 14 tahun buat pengakuan di internet terima kecaman ramai-METRO SABTU 4JUN 2011