BANGGA HILANG DARA-remaja berusia 14 tahun buat pengakuan di internet terima kecaman ramai-METRO SABTU 4JUN 2011

KUALA LUMPUR;Pengakuan 'berani mati' seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang berbangga kehilangan dara di blog miliknya menyebabkan dia dikecam hebat penguna internet sejak beberapa hari lalu.

Remaja itu dipercayai memaparkan pengakuan beraninya di blog pada Disember 2010,namun baru-baru ini secara tiba-tiba popular apabila tulisannya diulas beberapa blog lain selain laman sosial facebook dan twitter

Menerusi tulisan blognya,remaja itu mendedahkan dia pernah melakukan hubungan seks dan pengakuannya adalah satu kejujuran.Malah dia juga tidak kisah dengan tanggapan orang lain.

Malah akaun khusus facebook turut dibuka pihak tertentu untuk memberi maklum balas,sebahagian besar mengecamnya,namun ada juga memihak kepada remaja itu.

Pada mulanya,remaja Melayu yang mendakwa tinggal di Puchong berani membalas kecaman yang dilemparkan kepadanya dan bersikap tidak mempedulikan ratusan komen negatif pembaca.

Bagaimanapun dia akhirnya memadam pengakuan beraninya itu kelmarin,mungkin akibat tertekan.Harian Metro cuba menghubungi remaja itu menggunakan facebook dan twiter,tetapi gagal

Mengulas perkara itu,Pensyarah Program Kaunseling,Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,Universiti Sains Islam Malaysia(USIM),Prof Madya,Datin Dr Sapora Sipon berkata,faktor usia yang masih muda menyebabkan pelajar tingkatan dua itu berani berterus terang dan berbagga dengan apa yang dilakukannya tanpa berfikir kesan terhadap diri.

'Mungkin dia juga mahu dikenali dengan cara sedemikian yang dilihat berbeza dan mahu memberitahu dia tidak peduli dengan pandangan negatif orang lain terhadapnya.

'Pendedahan itu disebabkan usia yang masih terlalu muda dan beranggapan dia kuat untuk berhadapan dengan tangapan negatif,tetapi memadam pengakuan ituselepas menyedari ia semakin serius'katanya yang dihubungi semalam

Beliau berkata,remaja itu melakukan kesalahan di usia muda,dia patut dibimbing agar menyedari perbuatannya bukan dihukum.

'Jika menghukum dia dengan kata-kata kesat kemungkinan dia akan melakukan perkara yang sama kerana marah.Sepatutnya,sebagai orang dewasa,dia dinasihat ke arah kebaikan kerana kita tahu dia melakukan hubungan seks dan bangga mendedahkannya disebabkan tidak berfikir panjang,'katanya....

Dengan bangganya aku ingin tagg post nieh kepada sepupu aku..kak bella

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI USRAH

Antara Tips-tips untuk kurus secara Sihat