•◕✰ Rendah Maharnya, Tinggi Harga Cintanya ✰◕•



"Perkara Yang Mudah Telah Dirumitkan"

Itulah yang akan berlaku dalam sesebuah perancangan untuk berkahwin. Dan yang menjadi masalah ialah nilai duit hantaran yang diminta oleh sesetengah ibu bapa. Tinggi melampaui had dan di luar kemampuan pihak lelaki. Jika nilai duit hantaran diatur mengikut kemampuan si lelaki, rasanya tidak menjadi masalah untuk meneruskan perkahwinan mereka.


Berikut beberapa ayat-ayat Al-Quran dan Hadith menunjukkan mudahnya untuk berkahwin dan hadith menunjukkan perkahwinan itu perlu dipermudahkan..

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahilah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.."
(Hadith Riwayat Tarmidzi dan Ahmad)

Firman Allah:
"....Dan kahwinkanlah orang-orang bujang di antara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan hamba yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan (menjadikan kaya) mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui..."
(An-Nur: 32)

Hadith Rasulullah lagi:
Dari Ali r.a. sesungguhnya Rasulullah telah bersabda kepadanya: "...3 perkara jangan engkau tangguhkan, solat apabila tiba waktunya, mayat apabila telah sampai, bujang apabila ditemukan sekufunya.."
(HR Tarmidzi)


Hadis Sahl bin Saad r.a:

"Pada suatu ketika seorang perempuan datang bertemu Rasulullah s.a.w. seraya berkata: Wahai Rasulullah, aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu.

Lalu Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya sambil mendongak dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.

Apabila perempuan itu mendapati Rasulullah s.a.w. diam tanpa memberikan keputusan, perempuan iti segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:

Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya, maka kahwinkanlah aku dengannya.

Rasulullah s.a.w. segera bertanya: Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan mas kahwin.

Lantas sahabat itu pulang, kemudian beliau kembali menemui Rasulullah s.a.w. dan berkata: "Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas kahwin."

Maka Rasulullah s.a.w berkata lagi: Carilah walaupun sebentuk cincin besi.

Lalu sahabat itu pulang dan datang kembali serta berkata:
Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya. (Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan) maka aku berikannya kepada perempuan tersebut.

Rasulullah s.a.w. berkata: Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai.

Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Rasulullah s.a.w. memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ.


Setelah itu Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Rasulullah s.a.w. bertanya: Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?

Sahabat tersebut menjawab: Aku hafaz surah itu dan surah ini. Sahabat berkenaan menghitungnya..

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: Adakah engkau membacanya secara hafalan? Sahabat tersebut menjawab: Ya!
Rasulullah berkata: Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI USRAH

Antara Tips-tips untuk kurus secara Sihat

BANGGA HILANG DARA-remaja berusia 14 tahun buat pengakuan di internet terima kecaman ramai-METRO SABTU 4JUN 2011