Fitrah Kejadian Manusia dijadikan berpasangan

Photo: <3

Assalamualaikum..hari ini tetiba rasa nak updates blog.Idea tetiba mencurah-curah pada malam ini untuk mengarang.Cuba korang baca mutiara kata di atas itu?baca sambil menghayati maksudnya sekali.Betulkan apa yang mutiara kata itu beritahu pada kita.Hal ini terjadi pada diri saya dahulu,saya juga pernah jatuh cinta.Normalkan?kan saya sudah beritahu,jatuh cinta sesama manusia yang berlainan jantina merupakan fitrah.Mengapa kita perlu ketawa apabila kawan-kawan kita jatuh cinta pada rakan-rakan sekelas kita,satu sekolah,mahupun lain sekolah,.Saya juga pernah diketawakan oleh kawan-kawan saya dahulu kerana saya bercinta,guru pon tidak percaya yang saya bercinta.Tapi cinta saya ini tidak direstui.Maklumlah saya ini merupakan seorang pelajar yang skema,baik tak baik jugak la,agak islamik,cikgu dan kawan-kawan saya beranggapan yang saya tak layan benda-benda sebegini.Tapi saya mempunyai perasaan yang ingin disayangi oleh seorang lelaki.Saya perlukan perhatian daripada seorang lelaki yang digelar sebagai teman lelaki atau teman istimewa.Perasaan ini hadir secara tiba-tiba.saya tak minta pun.Tapi perasaan ini yang hadir.Rasa bahagia sangat apabila disayangi.I LOVE U sering meniti di bibir setiap pasangan yang bercinta.Tapi tak semuanya yang kita mahukan kita dapat,ada sahaja halangan.Oleh itu kita perlulah redha apabila si dia bukan milik kita lagi.Mungkin kita akan bertemu dengan yang lebih baik.Siapa tahu?Rahsia Allah kan?Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,perempuan yang jahat,untuk lelaki yang jahat,lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.Ini kata-kata Allah dalam Al-quran.Tapi jika kita jahat,tapi kita dijodohkan dengan orang yang baik-baik,maksud saya mempunyai pegangan agama yang mantap,itu namanya jodoh.Allah ingin menguji tahap keimanan dan kesabaran kita.Maka bersabarlah dengan ujian Allah.Setiap ujian,mesti ada hikmahnya.Assalamualaikum

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI USRAH

Antara Tips-tips untuk kurus secara Sihat

BANGGA HILANG DARA-remaja berusia 14 tahun buat pengakuan di internet terima kecaman ramai-METRO SABTU 4JUN 2011