La Tahh Zan

Assalamualaikum
Alhamdulillah saya dah dapat usrah
dekat Puncak Perdana
Malam tadi baru dapat
Tapi yang sedihnya
antunna bukan dari pertubuhan IKRAM.

Bila dapat tahu antunna
bukan dari pertubuhan Ikhram
terus ana text naqibah ana
Cikgu Fadhilah kesayangan ana

Nampaknya dia
tak bagi ana join PEMBINA
tuh.Ana tak tahu sebab ape?
Mungkin dia ada alasan yang kukuh
Dia mahukan naqibah ana
yang baru sama pertubuhan dengan dia.

Before dapat naqibah baru
ana terpaksa join
sebab ana terlalu rindukan usrah sangat-sangat.
Bila dapat jerk usrah malam tadi
ana nangis pada akhwat tuh.
Ana tak tahu bila Cikgu Fadhilah
akan kenalkan ana pada kawannya
Ana hanya ikut sahaja
Tak sampai hati nak keras kepala.

Usrah di tempat baru akan mula
Jumaat tengahari,
Pape pon ana kena mintak kebenaran
cikgu Fadhilah untuk join.
Kalau cikgu tak bagi ana tak join.

Bila cerita pada naqibah pasal ana join
PEMBINA,
Naqibah cakap bila dia dah kenalkan
kawan dia pada ana
dia mintak ana tinggalkan PEMBINA.
Kalau nak cerita pada ustazah
ustazah takkan faham.
Ana tak berani nak tanya
pada naqibah sebab
dia beriya-riya mahukan
naqibah untuk ana satu
pertubuhan dengan dia.

Akhir sekali,
Ana mampu doa moga
Allah cepat-cepat temukan
ana dengan naqibah yang baru
sebab ana terlalu rindukan usrah
sangat-sangat.

Moga Allah kuatkan semangat ana
Ana tak mampu nak nangis lagi.
Letih sangat.
Ujian yang Allah bagi
pada ana,
Tak mampu untuk ana pikul
sorang-sorang..

Moga semua ini
akan berakhir dengan cepat.
Sayang Cikgu Fadhilah
Rindu cikgu Fadhilah.
Allah sampaikan
rinduku pada Cikgu Fadhilah.
Al-Fatihah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI USRAH

BANGGA HILANG DARA-remaja berusia 14 tahun buat pengakuan di internet terima kecaman ramai-METRO SABTU 4JUN 2011

Antara Tips-tips untuk kurus secara Sihat