Over Attach

Assalamualaikum ...
Lama gila aku tak meroyan kat sini.
Malam ni ada pula masa ya yuni
kau nak meroyan. (OMG)...

Entry aku malam ni pasal OVER ATTACH
Tahu tak sebab apa aku nak story pasal over attach ni?
Boleh kasi aku tisu / tuala dulu tak?
Kenapa nak kasi kau tisu dengan tuala pula?
Takpe, nak tahu kan,meh sini,
rapat-rapatkan saf
aku nak share / story sedikit
pasal over attach ni..

Alhamdulillah,
tahun ketiga sudah aku join dakwah dan tarbiyah ni.
Aku ingat usrah ni sekadar talk macam kat sekolah
Tapi, sangkaan aku meleset sama sekali.

Apa yang aku temui dalam dakwah dan tarbiyah ini
adalah pelbagai.
Aku nak story, tersangatlah panjang.
Jadi aku cerita apa yang aku ingat lah ya?

Aku pun malas jugak nak throwback 
masa permulaan aku join usrah.
Tahu tak sebab apa?
Aku boleh meroyan,menangis
sebab aku nak semula balik pada
zaman dulu.

Disebabkan murrabi aku,
aku panggil murrabi aku cikgu,
Cikgu aku ni layan aku macam raja.
Dia manjakan aku dengan makanan
Cikgu selalu bawa aku pergi makan.

Aku masih ingat lagi,
masa daurah isk kat MRSM Kuala Klawang.
Cikgu cakap,murrabi perlu disayangi oleh anak usrahnya.
Masa tu aku jadi sentap.
Kau tahu sebab apa?
Sebab masa tu aku takde feeling sayang pun kat cikgu aku.
Semenjak itu,aku try pupuk rasa sayang kat cikgu aku.
Ya alhamdulillah,Allah hadirkan perasaan sayang aku 
pada cikgu aku ni.

Dulukan,cikgu selalu jugaklah waksep aku, chat dengan aku
di FB, tanya khabar.
Ya aku rasa terkesan.
Dia punya work hard,
ajak aku buat kebaikan sama dengan dia.

Masa ni aku dah rasa
Cikgu dah mula sayang aku.
Aku pun dah mula sayang aku.

Bila aku dapat terima tawaran masuk universiti,
Ya aku happy.
Dan aku tak pernah fikir 
yang aku bakal tidak akan usrah lagi dengan cikgu.
Aku bawa borang tawaran
pergi rumah cikgu aku.
Masa tu ada usrah.
Aku minta tolong cikgu isikan 
borang pendaftaran kemasukan universiti.
Ya,Cikgu layankan, walaupun aku nampak
cikgu memang penat..

Bila aku nak balik rumah,
bila aku keluar dari rumah cikgu
aku nangis.
Aku jadi sebak.
Aku dapat rasa yang aku
bakal berpisah dengan cikgu.

Balik rumah,aku mesej cikgu.
Aku cakap aku nangis masa nak balik tadi.
Cikgu call aku.
Cikgu Pesan jangan nangis.
Yuni kena kuat.
Jangan lupa doakan cikgu.

Bila masuk universiti
minggu mds
(Minggu Destini Siswa)
Aku nangis.
Aku nangis bukan sebab aku rindukan mak aku
tapi aku rindukan cikgu aku,
rindukan adik-adik usrahmate aku.

Aku mogok taknak makan.
Aku work hard cari akhowat masa MDS.
Ya alhamdulillah aku jumpa juga
dengan akhowat.
Baru aku rasa selamat.

Pointnya yang aku nak cakap
Apa yang cikgu buat
pada aku sebab nak tarik aku kenal tuhan.
Aku tahu cikgu buat itu memang IKHLAS.
Nampak apa yang cikgu layan aku
memang sangat ikhlas
Takde pura-pura.

Cikgu pernah cakap lagi kat aku.
Orang akan tahu kita ni IKHLAS walaupun kita tak cakap yang kita ikhlas.

Masa ini dia marah aku
sebab aku asyik nak throwback jee.
Cikgu tak suka aku throwback.
Tapi aku degil aku throwback.

Secara tanpa sedar (unconsius)
aku jadi over attach pada cikgu

Bila aku ada masalah dengan usrahmate
aku kat universiti
aku bukan nak pergi tanya naqibah aku kat universiti
Tapi pergi rujuk kat cikgu.

Dan kat sini cikgu dah perasan
aku gila over attach kat dia
Dan kitorang jugak
pernah satu group odoj.
Ya tuhan lagilah aku happy.
Seba apa? sebab aku boleh
ambil peluang ni untuk waksep dengan cikgu.

Cikgu lebih banyak pengalaman dari aku sebenarnya
Dia minta tukar odoj lain
masa ni aku dah jadi meroyan
Sebab aku dah tak de point nak stalk cikgu.
Nak baca tazkirah cikgu.

Cikgu pun dah pesan jugak
buat bende ni sebab Allah ya yuni.
Bukan sebab cikgu ya.

Allah uji aku lagi
hantar orang yang baik-baik
Dia nak uji aku,
sebab aku masuk dakwah dan tarbiyah ni.

Aku memang tak boleh
orang yang baik-baik
layan aku macam cikgu layan aku.
Aku akan jadi over attach.
Minta perhatian sebenarnya.

Dan sekarang jangan harap
aku akan dapat lagi layanan
macam layanan cikgu pada aku.
Pandai - pandailah nak hidup,dah besarkan masing-masing
Aku sentap kot cikgu tulis macamtu
kat komen dia di FB tentang student
dia yang malas buat latihan fizik.

Allah hantar kat aku orang yang baik-baik
macam ini jadinya aku,
Allah hantar orang yang tak baik
pendendam jadinya aku.
Ibrahnya Allah nak uji tahap kesabaran aku
pada manusia.

Aku hidup dalam dunia khayalan
aku dua tahun kot.
Sedangkan masa aku dah setahun dalam tarbiyah
Kak Najwa cakap kat aku,
Yang orang atas beri aku tanggungjawab
untuk bawa usrah.'
Sebab aku tak move on lagi
so kena hold dulu
untuk aku bawa usrah.

Ada juniur aku sedarkan aku,
Dia cakap kat aku macam ni
'Akak, sampai bila akak nak macam ni?
Aku tak tahu nak jawab apa?
Dia kata kalau aku terus macam ni
sampai bila- bila aku takkan naik mustawa.

Cikgu pernah cakap kat aku,
Cikgu happy bila tengok yuni happy dengan akhowat.
So totally tanggungjawab cikgu
dalam tarbiyah aku dah habis
sebab aku pun dah ada naqibah aku kat Shah Alam

Cikgu pernah cakap kat aku jugak.
"CIKGU BUKAN NAQIBAH YUNI LAGI"
"NAQIBAH YUNI, YANG ARRANGE YUNI SEKARANG"

Okay aku rasa nak tersedak cikgu cakap macam tu.
Cikgu nak aku terima hakikat
Zaman aku dengan dia dah habis.
Bukan cikgu suruh lupakan
Tapi simpan,balut kemas-kemas
Pahat dalam doa.

Ya sekarang aku kena terima hakikat
zaman aku manja -manja dah habis.

Naqibah aku sekarang
Kak Syu,dia nak train aku jadi orang yang hebat.
So dia kata awak tak layak lagi
dilayan manja-manja ni.
Sebabkan kak syu ni tak sweet macam cikgu aku
Aku rasa nak keluar usrah/ taknak pergi usrah.

Aku waksep cikgu aku
see tengok aku akan tanya cikgu dalam semua perkara
Aku cakap dengan cikgu yang aku taknak pergi usrah
tapi program aku akan pergi.

Cikgu cakap
mula-mula taknak pergi usrah.
lama-lama tinggal usrah terus.
Then cikgu taknak layan waksep aku.

Cikgu belanja kitorang makan. Aku disuruh supaya diberi pengisian.


Saat untuk aku berpisah dengan cikgu. Aku rasa taknak pisah.Nak peluk cikgu
Gambar terakhir aku dengan cikgu aku. Lepas ni jangan harap boleh jumpa lagi.

Ya aku akur.
Aku dah boleh terima sekarang.
Tahun ketiga,tahun buat aku
dalam proses move on.

Dan ini ibrah buat aku jugak
Jangan aku over attach lagi dengan akhowat / naqibah aku lagi/ anak usrah aku juga..
Cikgu pernah cakap.
Dakwah dan Tarbiyah bukan untuk orang yang manja.
Tidak dibentangkan karpet merah.

Doa aku pada Allah.

Supaya aku terus thabat dalam jalan ini.
Aku sayangkan dakwah ini
Sebab dakwah ini begitu mahal
Tidak boleh dibeli dengan duit.

Doakan aku kuat  ya?

Semoga Allah jaga cikgu saya.
Saya rindu sangat cikgu.
Saya akan ingat pesan cikgu.
Kalau rindu cikgu,doakan cikgu ya?



Ya Tuhan. Di Shah Alam, Allah hantar pada aku orang yang baik-baik.
Makcik Asma ni bila aku pergi program dan dia ada aku akan minta makanan
Dia kata,dia memang dah siap sedia untuk aku bawa balik

Akhowat lain mana dapat.
Aku jee yang dapat.

Macam mana aku tak sayang gila kat Shah Alam
Mak Cik Asma tak bagi aku balik kat N9..
Selalu mengendeng makcik masa nak pergi program
Ajak aku datang rumah dia,
tolong dia masak,
Dah macam rumah aku sendiri
Family dia dah kenal aku.

Aku dah start sayang dengan makcik Asma ni.
Dia ni baik sangat.
Cikgu aku masa sekolah pun
tak baik macam dia.


Gambar ni masa pengagihan Bantuan Ramadhan di Shah alam.Aku satu group dengan Dr Hidayah.
Kat sinilah kami mula kenal.


Dah nama pun akhowat kan
Mestilah semuanya baik-baik.
Makcik Normah, Dr hidayah, Dr Maznah.

Tiap kali jumpa dengan diorang
aku happy gila kot?
Aku rasa selamat bila jumpa dengan diorang.

Yang baju kurung purple
Namanya Dr Hidayah.

Dr Hidayah selalu jugaklah
belanja aku nasi ayam kukus
bila aku balik dengan dia.

Sebab aku intern kat faculty dia.
So untuk mengeratkan lagi
ukhwah,so aku naiklah dengan dr hidayah.

Dr hidayah bagi talk memang best
Masa dalam kereta
nak pergi Mabit dengan dia,
Dia boleh tanya aku pasal background
pasal family aku.

Yaa aku gila touching
Nasib aku tak menangis masa tu.

Tapi kalau nangis pun
aku tak malu.
Nangis depan dia jee.

Dia pesan,nanti dah kerja
jangan lupa bantu mak yaa yuni.
Besar pahala mak awak besarkan awak.

Kan aku dah cakap,
Kat shah alam tersangat ramai
orang yang baik-baik.

Allah uji aku
masa aku form 6
Allah hantarkan aku
kawan yang aku rasa tak baik pun.

Ma;ah ada yang jadi parasit jugak.
Kini aku bangga sebab aku ada kawan
yang lebih pandai dari kawan aku 
masa aku kat form6

Aku dah mengantuk
Besok aku nak balik Shah Alam

Alhamdulillah aku happy 
stay kat Shah Alam.

To Akhowat : Semoga kita bertemu di syurga. Jangan lupa tarik sekali tangan saya untuk masuk syurga sama ya?

Saya sayangkan antunna.

Jumpa lagi entry yang akan datang.

Assalamualaikum

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI USRAH

Antara Tips-tips untuk kurus secara Sihat

BANGGA HILANG DARA-remaja berusia 14 tahun buat pengakuan di internet terima kecaman ramai-METRO SABTU 4JUN 2011