Rehlah dan Jaulah Ikram Kuala Pilah 30-31/8/2016 - Port Dickson

Assalamualaikum... alhamdulillah syukur padaMU ya Allah kerana masih lagi memberi peluang kepada hambaMU yang kerdil ini untuk bernafas. Alhamdulillah..

Entry kali ini saya nak share program jaulah dan rehlah bersama akhawat Ikram Kuala Pilah pada 30-31/8/2016 di Port Dickson. Ya Allah sangat best. Alhamdulillah perancangan Allah itu indah. Tak dapat jadi fasi mds tapi Allah bagi hadiah dan permudahkan urusan untuk pergi program.


Sebelum memulakan sukaneka di pantai. Panas ya ampun

Alhamdulillah selesai bersukaneka

wajah-wajah excited nak hiking bukit

Walaupun kepenatan mendaki bukit muka akhawat still lagi boleh tersenyum lebar
menenangkan. Macam mana tak sayang,mestilah sayang.Kalau mak tahu saya naik bukit mesti dia bising dan risau sebab kaki tak fully recover lagi. Tak bagitahu pun ada naik bukit bagai. bagitahu nak pergi usrah je

Menakjubkan tengok lautan. Rasa kerdil,rasa hina

Semoga kita berpegangan tangan hingga ke syurga.

Terima Kasih Allah sebab menggerakkan hati dia untuk bersama dakwah dan tarbiyah.

Hafa : tak sangka kita boleh jadi akhawat kan? bersyukur sebab hafa nak masuk usrah. Jom sama-sama kita perbaiki diri.Lupakan kisah jahiliyyah kita. Jalan terus ke depan. Uhibbuki aidon hafa.

Ya Allah tetapkan hati dan jiwa kami untuk terus berada dalam jalan ini.
Inilah hadiah yang paling indah dalam hidup saya.
Allah bagi hadiah dengan cara ini iaitu menghadirkan insan yang baik hati dalam hidup saya.

Allah.. (nangis). Tak sanggup dah nak throwback kisah jahiliyyah dulu. Kalau diberi peluang, nak betulkan kesilapan 20 tahun lepas.Tolong jangan ungkit/ hukum saya manusia? Saya dah berubah. (nangis)

Doa saya semoga Allah gerakkan hati keluarga saya,dan mama saya untuk merasai apa yang saya rasa sekarang. Allah,perkenankan doaku ini.

Inilah yang saya carik selama ini iaitu menghayati Islam yang sebenar sebab saya rasa kurang dalam diri saya pada 20 tahun yang lepas. Rupanya inilah kekurangan yang perlu diisi itu iaitu dengan cara membuat kerja untuk agama.

Alhamdulillah gembira dengan keadaan sekarang. Makin tenang hidup.

Terima kasih Allah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI USRAH

Antara Tips-tips untuk kurus secara Sihat

BANGGA HILANG DARA-remaja berusia 14 tahun buat pengakuan di internet terima kecaman ramai-METRO SABTU 4JUN 2011