Daripada Terbiar..Baik di Tarbiyah

Assalamualaikum
sekadar perkongsian daripada blog dakwah dan tarbiyah
Alhamdulillah sekarang
Ana telah memasuki dunia dakwah dan tarbiyah
Terima Kasih Allah,Naqibah,Akhwat kesayangan
mahupun akhwat di Negeri Sembilan
dan Akhwat Shah Alam

Ana ternampak link blog ini
di FB yang di post oleh
Naqibah kesayangan ana Cikgu Fadhilah
Ana dihantar oleh naqibah
mengikuti daurah ISK
atau nama penuhnya
Ini Sejarah Kita
di Negeri Sembilan.

Post ini memang terkena
pada diri ana sendiri
Alhamdulillah ana bersyukur
sangat sebab Allah temukan Ana
dengan naqibah yang baik hati dan tegas
Dia sedaya upaya mengasah
Ana sehingga Ana jadi logam
yang berkualiti dan akan memberikan
manfaat kepada Islam.
Cikgu doakan saya
supaya saya menjadi logam
yang berkualiti
dan jazakillahoir sebab mengasah saya
sehingga menjadi logam.

ada benih pun tiada guna jika ia tidak ditanam,
ada logam pun tiada guna kalau tidak reti mengguna,

"aku sedar ada kelebihan yang Allah kurniakan padaku, aku mampu lakukan sesuatu, aku mampu menyumbang.... tapi..."

ibarat seorang pelombong yang terjumpa emas, 
tetapi tidak tahu kegunaannya dan nilainya.





ianya dipanaskan dan ditempa berulang-ulang kali sehingga pedang itu terjadi,
semakin banyak dipanaskan, ditempa, diketuk, dan diasah.... semakin hebat, keras dan tajam pedang tersebut.

dengar macam sakit, kasar, pedih..
tapi itulah hakikatnya, kalau tidak, pedang tersebut rendah nilainya.
itulah tarbiyah..

kita umpama logam yang bakal dijadikan pedang.
tapi setajam mana pedang tersebut, bergantung kepada kesungguhan kita, tarbiyah kita dan ilmu kita.

Rabba, yarbu.. tumbuh, berkembang,
Rabbi, yarba.. pertumbuhan yang lebih besar,
Rabba, yarubbu.. memimpin, menguasai, membaikpulih, mengurus, mengatur, mendidik, memelihara,
kesemuanya merupakan perkataan 'akar' kepada 'tarbiyyah'.. hebat bahasa syurga kita..


............

Jalan ini bukanlah untuk mereka yang hanya mencari ikhwah atau akhwat sebagai pasangan hidup... hah.. menggelupur semua..

Bukanlah juga untuk bermanis-manis sesama sahabat hingga diabetes.

Ada kalanya kita terpaksa tinggalkan perkara yang kita suka, dicaci dan dicerca.

Juga bukan untuk mereka yang mencari kemahuan, bukan keperluan.

Tidak sah jika tidak berkorban waktu tidur. Kadang kala terpaksa berjaga untuk mengimbangi masa sebagai student atau pekerja. Asalkan tidak menzalimi diri.

Sinonim dengan kritikan, ambil ia, hadam, lakukan pembaikan.

Ada juga kalanya kita terpaksa ke hulu dan ke hilir mencari redhaNya. Meredah cuaca sejuk di negara orang walaupun tidak biasa, kerana kerja ini bukan untuk mereka yang biasa-biasa. Berjalan jauh keluar dari kotak selesa kita. Bukan hanya mengejar jaulah sahaja.

Tidak juga untuk merasa 'kelas atasan' dengan gelaran akhi, ukhti, ikhwah, akhwat, ana, enta dan donut.. wait... donut? abaikan.

Bukan juga untuk mereka yang hanya pandai cakap mengenai pengorbanan dan kesusahan, hakikatnya bermandi air liur basi tiap-tiap hari.



...............
ada yang cakap,

"takpa! demi islam, kami sanggup berkorban! demi dakwah dan tarbiyyah kami berjuang"

tapi ingatlah, bila tiba masanya kita perlu berkorban untuk agama. Maka, terserlahlah siapa yang benar janjinya dan siapa yang berdusta.

Duduk di majlis ilmu, dalam masjid yang sejuk, senang, seronok.
tapi bila islam benar-benar menuntut orang beriman untuk turun ke medan seperti para sahabat, berapa ramaikah yang mempu mengangkat panji mencari kemenangan?
Ayuhlah kita jadi yang sedikit itu, kita ada para penghuni langit yang jauh lebih ramai bersama kita.

"susah gila! tak mampu aku!" 
"takpa lah.. teruskan hidup macam biasa.. islam, dakwah dan tarbiyah tak pernah perlukan kita.. tapi betulke kita idamkan syurga?"


dalam pahit ada manisnya..
kita akan sedar, Allah akan bantu kita dengan menghantar orang-orang yang mengejar syurga untuk turut serta..
jadi pelik sama-sama..
susah sama-sama..
ketawa sama-sama..

seronok..... serious..



“tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya tidak akan menjadi baik tanpa tarbiyah” -Sheikh Mustafa Mahsyur


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI USRAH

BANGGA HILANG DARA-remaja berusia 14 tahun buat pengakuan di internet terima kecaman ramai-METRO SABTU 4JUN 2011

Antara Tips-tips untuk kurus secara Sihat