Logam Berkarat



Sebuah entry yang mungkin membuatkan blog temerity diboikot.
Mungkin penulisnya sendiri yang memboikot... eh..


Suatu hari dulu..
Kita jauh sekali dengan majlis ilmu,
Ceramah? Berpantang maut sebelum ajal.. memang tak jejak.
'Study group' dengan campuran jantina jadi kebiasaan. Kata kita "untuk belajar je pun.. belajar dengan berlainan jantina ni mudah sikit nak faham".. piiiiiirahhh
Baca artikel islamik? Baca tajuk pun dah melugai, nak muntah bagai.. anti habis..
Tudung labuh?.. please lah doh, nak terbang ke mana tudung besar-besar?
Drama korea ibarat khutbah harian.. Wajib.. Syarat sah kehidupan..
Lagu band 'satu arah'? dah macam Al-Matsurat.. penenang jiwa, peneman tikala duka..


tapi kini,
Allah tunjukkan jalan, keluarkan kita dari lumpur, jauhkan kita dari jurang neraka.
Allah bagi kita kefahaman tentang agama dan perjuangan seorang hamba.
tak faham banyak mana pun, tapi sedikit kefahaman itu ada.

kini, Allah campakkan kita ke dalam kelompok 'pelik' yang selalu mengajak ke arah kebaikan, jadi alien sama-sama.
alhamdulillah...

dahulunya kita pandai bergaya, tapi syariat ntah ke mana. Kini kita mula menggayakan dakwah kita. Kita gunakan 'gaya' untuk menarik para mad'u.
alhamdulillah...

dahulunya kita berjiwa runningman, kini kita jadi runner menghadiri ceramah, diskusi agama dan daurah.
alhamdulillah...

dahulunya kita berfacebook untuk stalk profile Si Pujaan Hati, kini status nasihat & tazkirah tak henti.
alhamdulillah...


tapi... 
ada jarum halus syaitan yang menyelit dalam hati,
kerana syaitan dengan putus asa itu jauh sekali,
logam yang semakin berkarat tanpa kita sedari..


Syaitan sudah gagal dalam menyembunyikan kebenaran kepada kita,
dia dah tak berjaya untuk kekalkan kita dalam keadaan alpa,

adakah dia mengaku kalah?
adakah kita maksum dan mustahil untuk sekali lagi jatuh ke dalam lumpur jahiliyyah?

sedarilah..
logam pun ada karatnya yang perlu dikikis dan dihindari,
daie juga ada perkara-perkara yang perlu dijauhi...
harus sentiasa awasi diri.




ketahuilah...
tiada antara kita yang maksum,
saya menulis, kerana sayalah yang paling perlu diingatkan,
tiada apa yang membezakan kita melainkan ketakwaan yang Allah sahaja tahu.

Jika syaitan tak berjaya tidurkan kita, dia akan suruh kita duduk sahaja.
Jika syaitan tak berjaya dudukkan kita, dia akan suruh kita berdiri diam-diam.
Jika syaitan tak berjaya diamkan kita, dia akan elakkan kita dari berlari..
Dia tak akan mengaku kalah sehinggalah kita teman dia di neraka..

Ada kalanya kita rasa seakan-akan 'rindu' pada kita yang dahulu,
Rindu untuk terus hanyut dalam dodoian dunia tanpa memikirkan soal agama...
Ada kalanya juga kita tasa seolah-olah tak tahan dengan ejek-perli manusia,
Ejekan yang mungkin datang dari orang yang kita paling percaya, keluarga kita, kawan-kawan baik kita...
Orang tak suka dengan cara kita... perkara biasa.. *termenung jap*

ingatlah..
kita mengejar redha Allah, bukan manusia,
memanglah perlu untuk kita memikirkan hati para mad'u, membaik pulih mana yang perlu, memuaskan hati takat yang termampu,
tapi kita tidak mungkin mampu menggembirakan hati semua, sedangkan Rasulullah pun dicerca walhal dia sebaik-baik manusia,
kau siapa untuk tidak merasa diduga?

Mujahadah dan memperbaiki diri ini tiada penghujungnya,
Karat-karat jahiliyah itu akan sentiasa ada,
Kita tak mungkin menjadi sempurna, tapi kita berharap kita mati dalam keadaan bermujahadah kepadaNya.

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semuam mengetahuinya.”
[Al-Baqarah:42] 
"Wahai orang-orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berilah peringatan! Dan agungkanlah Tuhanmu, dan bersihkanlah pakaianmu, dan tinggalkanlah segala (perbuatan) keji..."
[Al-Muddathir, 74:1-5] 
"Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam solatnya dan orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna..."
[Al-Mu'minuun, 23:1-3]

moga kita sama-sama tidak tertinggal dari gerabak...

hoyeh.. tetiba.. 

refrences Blog dakwah dan tarbiya             hhttp://temetemerity.blogspot.com/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI USRAH

Antara Tips-tips untuk kurus secara Sihat

BANGGA HILANG DARA-remaja berusia 14 tahun buat pengakuan di internet terima kecaman ramai-METRO SABTU 4JUN 2011