Nikmat manakah yang kamu dustakan?

Assalamualaikum.
Alhamdulillah segala nikmat yang tidak terhitung banyaknya

Terima Kasih Allah atas nikmat ini.
Terima kasih Allah kerana bagi hambaMU ini peluang untuk hidup
Masih diberi kesihatan yang baik..

Hanya Engkau yang layak dipuji
yang layak hambaMU sandarkan harapan
kerana pasti Engkau akan makbulkan..

Terima kasih atas hadiah yang istimewa untuk semester ini.


Alhamdulillah Allah bagi pinjam insan yang baik hati
Merangkap lecturer dan mama saya.
Mama ialah salah seorang pensyarah di UiTM Shah Alam
Fakulti Sains Sukan.
Kini saya ada dua orang ibu
satu mak dan satu lagi mama


Mama yang declare saya sebagai anak angkat dia.
Gambar ini masa mama bawak saya iftar di fakulti mama
Mama yang ajak sebab saya yang beria ajak mama iftar sama.
Last mama suruh ikut pergi iftar di fakulti mama.

Mama seorang pensyarah yang sangat baik dan tegas
Sebaknyaa saya maa :( (nangis

Allah, terima kasih bagi pinjam mama pada saya.

Allah sahaja yang tahu perasaan saya bila orang tanya saya pada mama
Dengan bangganya mama menjawab 
"Kenalkan ini Ayuni"
Anak angkat mama.student uitm puncak perdana
actually memang tak biasa panggil mama
tapi kena biasakan jugak.

Masa ni baru lepas submit subject directed studies.
Mengadu kat mama sebab stress
Mama kesian pada saya
Jadi mama ajak saya ikut dia keluar.

Mama tanya "Ayuni Happy hari ni?
saya jawab : Alhamdulillah ma, happy sangat. Terim kasih ma"

Masa pergi rumah mama, paling terharu mama duduk sebelah saya
Saya pun sandarkan kepala dan badan saya pada mama.

Tak pernah dapat nikmat yang macam ni.. (nangis)

Lepas habis iftar di fakulti,
Mama ajak lepak rumah dia dulu
Yelah, dahlah menumpangkan, jadi kenalah faham
Sebab students PHD mama nak datang
Nak minta cop pengesahan dari mama
endorse thesis.
Lagipun kaki mama kebas. Kesian mama nak drive hantar
saya balik puncak.

Dalam jam 11 pm jugaklah mama baru hantar.
Takpe, sebab dah biasa balik lambat
jadi dah biasa

Mama: Doakan saya dapat dekan ye sem ni maa.




Mama (Tengah) Dr Rezian-na Kassim

Gambar ini masa convo UiTM Fakulti mama.


Wajah gembira selepas Dr Norman cop borang submission directed studies

Malamnya pula terus waksep mama ajak iftar.

Allah je yang tahu betapa gembiranya dapat cop Dr Norman.

Pelik bila ada students yang FAIL ds ni.
Sebab apa sebab MALAS je.

Alhamdulillah..
masa ni tak tahu nak cakap apa

Allah bantu orang yang menolong agamaNya

Allah bagi cuti masa dah dekat-dekat tarikh formatting..
Allah bantu saya dengan cara sebegini

dan besoknya baru puasa

3-4 kali print Alhamdulillah.
Dapat cop pengesahan


Cop yang paling mahal di fakulti saya...


Akhir sekali nak luah : Terima Kasih Allah, terima kasih kerana disaat ku memerlukan bantuan Engkau datang mengirimkan bala tenteraMU untuk membantuku

Engkau kirimkan bala tenteraMU ketika aku jatuh,
Dengan cara membaca ayat-ayatMU aku memujuk hatiku untuk terus kuat..

Ya Allah jadikanlah hambaMU ini dalam kalangan hamba yang bersyukur

Peliharah orang-orang yang aku sayang dari fitnah dunia.

Permudahkan urusan hidup dan mati
dunia akhirat kami ini

Matikanlah kami dalam kesudahan yang baik

kepadaMU Allah aku memohon pertolongan

mendengar doa hambaMU yang kerdil ini.

Allah....

perkenankan doa jni..

Amiin ya Rabbal Alamin..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI USRAH

Antara Tips-tips untuk kurus secara Sihat