Pertemuan atas dasar Ukhwah

Assalamualaikum..
Bakal penghuni syurga..
Semoga saya dan awak-awak semua
tergolong dalam kalangan
bakal penghuni syurga..

InshaAllah..
Semoga kita semua mendapat
rahmat Allah 
untuk memasuki syurga-Nya..

Jomlah kita doa dulu sama-sama.
Semoga kita semua
sentiasa berada dalam 
Rahmat Allah
Allah sangat suka
hamba-hambaNya
yang banyak doa.

Dalam firmannya 
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat (berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina (surah Ghafir: 60).

Sebernarnya saya
mujahidah untuk kusyukkan
hati dan jiwa saya
bila bertemu dengan Allah
iaitu
SOLAT!!

Semoga hati kita
sentiasa dipandu
untuk berada 
di jalan yang lurus.

Baiklah
Saya ingin share
tentang entry saya untuk kali ini.

Alhamdulillah..Allah dengar doa saya.
Sebab masa raya tahun ini
ex murrabi yang saya
over attach datang ke rumah saya.

Subhanallah..
Saya sangat terharu..
Saya demam-demam bila balik
cuti mid semester
sebab terlalu rindu dia

Bila balik Shah Alam
alhamdulillah terus sihat
Tahun lepas puasa
Saya demam sebulan.

Yaa saya sangat merindui dia
murabbi saya
Murrabi first
yang berjaya
menyentuh hati saya
yang kering kontang
mengenal Allah..

Kenal tujuan hidup manusia
Allah utuskan dia

kata-kata beliau
masih terngiang-ngiang
di telinga saya.

Awak buat semua ini bukan sebab cikgu ye?
Sebab Allah.
Cikgu hanya asbab sahaja..

Yaa cikgu sangat manjakan saya
masa tahun pertama saya
dalam dakwah dan tarbiyah.

Saya sangat suka dan excited
dapat jumpa dengan cikgu.

Saya selalu membandingkan cikgu
dengan murrabi-murrabi saya.
Maafkan saya cikgu
kerana saya membandingkan
Itu sewaktu zaman saya
baru nak faham..

Cikgu banyak kali
warning saya
Jangan throwback
Tapi saya degil
Saya throwback jugak.

Sehingga suatu masa
Allah utuskan akhawat untuk kejutkan saya
Saya berada dalam mimpi saya.
Baru saya sedar cikgu.
Baru saya dapat terima kenyataan

2 kali cikgu unfriend saya
di FB.Bila cikgu Unfriend yang first
cikgu kata cikgu terUnfriend
Tapi saya still boleh sangka baik
Saya add again. dan cikgu approve
Itu pun saya whatsapp cikgu.

Dan kali ke-2 cikgu unfriend again
Sebab saya macam meroyan
bila cikgu online,
Saya tak boleh nak behave.
Saya like semua status cikgu.

Saya comments jugak status cikgu
dan saya rasa tak perlu pun saya
comments sebenarnya kan?
dengan ayat yang tidak matang.

Tapi entahlah cikgu,masa tu saya need your attention
dan cikgu terus unfriend saya.
Saya jadi gelabah
Saya add again.
Cikgu tak approve..

dan Block saya di telegram
dan whatsapp
untill now.

Saya selalu doa pada Allah
semoga Allah temukan saya dengan cikgu walaupun kejap pun
jadilah cikgu.Janji saya dapat peluk cikgu. (nangis)

Disamping doa, saya tak pernah give up pujuk cikgu.
Saya bagi cikgu present birthday dan sekali teacher day
dan cikgu sms saya cakap macam ni
"jzzk atas ingatan. terharu sangat dapat hadiah dari jauh. cikgu sangat hargai.semoga ayuni tetap tsabat dalam dnt.

Masa ni kan cikgu saya baru balik dari kem finishing school
Ya Allah hilang penat saya bila baca mesej cikgu.
Alhamdulillah Allah angkat doa saya.

Balik sahaja dari mabit
saya stalk cikgu dan hanya try untuk add cikgu di FB
Alhamdulillah cikgu approved
Saya sangat gembira sebabkan
Allah dengar dah doa saya ni.
Yaa saya faham
Cikgu buat untuk kebaikan saya.

dan dikala saya sedang merajuk dengan murrabi saya
sebab murrabi saya lupa birthday saya
cikgu mesej saya.
Bila saya baca mesej cikgu saya terus menangis
Even cikgu tak wish
tapi atleast bila baca mesej cikgu
saya dapat semangat

tambahan pula masa tu saya injured.emosi tidak stabil
Hmm..

Alhamdulillah cikgu.
sekarang saya dah move on

Saya selalu ingatkan pada diri saya
Jangan terlalu attach dengan manusia
Sebab nanti pasti kecewa
bila manusia itu tidak melayan kita.

Ingat cikgu datang rumah saya
bolehlah saya nak share pengalaman saya
pengalaman saya jatuh.

Bila saya cerita saya jatuh
cikgu kata macam ni
"Awak memang sengaja jatuhkan diri atau memang jatuh"?

Saya sentap cikgu cakap macam tuu.
Dan saya terus diam..
Cikgu provoke saya. Saya jadi speachless sangat

Bila cikgu datang dan cakap
"Lama tak jumpa yuni"
nak je saya cakap
"Cikgu taknak layan saya"

Tapi tak terluah.
saya hanya cakap
"Cikgu busy sangat"

Bila saya dah tahu
cikgu suka provoke
saya kena beware bila berkata dengan cikgu
sebab saya takut saya yang kena balik.

Tidak mengapa
Biarkan benda yang lepas menjadi pengajaran buat saya
Jzkk sebab cikgu sudi datang rumah saya

Dann saya juga
perlu berlapang dada dengan cara cikgu kan?
Saya percaya cikgu buat pasti bersebab

Cikgu sebenarnya baik.
Baik sangat
Sebab tu saya sayang sangat cikgu.

Terima kasih Allah
bagi pinjam murrabi hebat ini pada saya.
Cikgulah murrabi
Cikgulah kakak
dan
Cikgulah kawan saya


InshaAllah cikgu..
Pape pun kita harap
kita dapat bertemu di syurga
dengan berbulatan gembira

Saya sayang sangat cikgu
Saya sayang cikgu kerana Allah.

Semoga Allah jagakan cikgu
untuk saya..

Semoga ukhwah kita
bertahan sehingga syurga

Allah
perkenankan doa saya..
(nangis)




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI USRAH

Antara Tips-tips untuk kurus secara Sihat