Perlu ke Jemaah?

Aku rasa korang mesti pernah ada pengalaman dengan Jemaah, tak kisahlah jemaah apa pun ISRAM ke IKMA ke, HALUAN kiri ke kanan ke, tapi aku nak cerita pengalaman aku dengan satu Jemaah ni.
Aku dilahirkan dalam keluarga Jemaah, mak bapak aku kawin sebab Jemaah. Seumur hidup aku dibesarkan ikut program-program Jemaah, pergi sekolah Jemaah.
1) Satu benda lah bila dah termasuk dalam komuniti Jemaah ni, ialah KAU TAK BOLEH NAK LARI DAH. Agak creepy bila aku masuk Universiti tetiba ada sorang Senior Jemaah ni approach aku kata, "Mak anta suruh anta join usrah, jangan kecewakan mak anta, redha ibubapa itu bla bla bla…",
Firsly, kau apehal nak masuk campur hal famili aku?, kalau mak aku nak aku masuk usrah better dia cakap ke aku sendiri lah, apehal dia nak suruh stranger yang cakapkan.
Creepy gila, aku pergi mana-mana pun ada orang pandang aku semacam je, macam diorang ni dah di briefing pasal aku ni. Memang aku tahu pon diorang ni punya modus operandi target-target orang ni. Diorang dah bincang dah kita nak target mamat tu. Pergi lah mana-mana iktikaf kat masjid UIA ke, masjid negeri ke, main futsal dengan member ke mesti tetiba ada orang approach pastu acah-acah baik dengan kita. Creepy.
2) Cerita kahwin, banyak kawan aku kena reject sebab dia tak sama jemaah dengan perempuan tu. Well, perempuan jemaah ni bagi alasan takut nanti bila lepas kahwin suami tak bagi izin pergi usrah lah apa lah.
Ini pendapat aku, Lelaki-lelaki dalam jemaah kau tu tak semestinya perfect. Diorang pun masuk air jugak macam lelaki lain. Jangan ingat cinta korang boleh jadi fairytale macam naqibah korang jaja. Kes cerai antara orang jemaah ni ada je.
Yang penting dalam perkahwinan adalah persefahaman dan tolak ansur. Tak kisahlah kalau suami kau tu sama jemaah macam kau tapi takde tolak ansur lepas kahwin still ada perangai buruk dia taknak berubah, sama je. Lelaki lain yang tak join jemaah boleh jadi LEBIH bertaqwa dan menjaga agama dia.
3) Cerita Berubah.
DENGAR SINI !! Sesiapa yang kata dia join jemaah sebab dia nak berubah atau nak support group, Ketahuilah sesungguhnya benda tu time awal-awal kau join jemaah je, lepas 2-3 tahun kau join jemaah kau akan kenal dengan dunia sebenar, politik dalam jemaah, ketidakadilan, mengutuk sana-sini, simpan rahsia itu ini, plotting untuk kuasai kampus, benda-benda yang kau takkan sangka kau akan mengadap lepas join jemaah.
Waktu tu kau akan sedar, mana pergi semangat "Aku ingin berubah", mana pergi semangat "Aku ingin buat dakwah"
Kau nak support group, cukup memadai dengan kau berkawan dengan orang baik-baik ( tak semestinya jemaah).
4) Perangai orang Jemaah ni bukan generasi kita je, generasi pakcik-pakcik pun dah lama berlaku semenjak zaman diorang universiti lagi. Sampai sekarang terbawak-bawak perangai plotting menyelinap dalam parti-parti politik Malaysia. Dulu lagilah ada satu kempen antara ahli-ahli Jemaah student-student UK, isteri kepada ahli jemaah BERHENTI BELAJAR secara sukarela untuk fokus jaga famili, sementara si suami habiskan belajar sampai PhD. Pelik kan perangai diorang ni.
Saya bukan nak anti sangat dengan jemaah, mungkin kekurangan yang saya sebutkan ini adalah berpunca dari manusia itu sendiri bukan salah Jemaah tu. Tapi pleaselah orang-orang Jemaah semua, PLEASE STOP BEING CREEPY. Stop target orang itu ini, Stop masuk campur hal famili orang, Stop masuk campur hal personal life seseorang. Walaupun korang boleh buat sebab orang itu dalam capaian maklumat korang (anak orang Jemaah), please just STOP.
Respect other people's life.

Assalamualaikum.. saya terbaca luahan confession diatas di FB tentang jemaah,usrah semua ini. Bagi saya peluang untuk kemukakan hujahan saya pula.

Alhamdulillah.. saya memilih untuk berada dalam jemaah. Hampir 3 tahun berada dalam jemaah.
Pendapat saya memang perlu kita semua berada dalam jemaah. Jemaah yang mendekatkan kita pada tuhan sebab sekarang ni zaman fitnah. Kita tak boleh sesuka hati nak band jemaah disebabkan khilaf sebahagian ahlinya. Jemaah bukan dianggotai oleh malaikat. Jemaah dianggotai oleh manusia yang sentiasa buat silap. Jika kita letakkan expection yang tinggi dalam jemaah kelak kita akan kecewa. Tiada yang sempurna dalam jemaah. Sebenarnya jemaah ini juga mengajak kita jadi baik sama-sama bukan sorang-sorang sebab syurga itu untuk semua bukan untuk kita sorang kan? Nampak tak signifikan jemaah? Kita tak mampu nak buat baik sorang-sorang.Perlukan support, dorongan dari orang-orang yang baik-baik kan?
Beruntunglah kepada yang telah dilahirkan,dibesarkan dalam keluarga jemaaah tak kira jemaah apa sekalipun. Sebab apa beruntung sebab selalu mereka ini akan dibawa oleh family mereka bertemu dengan orang yang baik-baik dan orangt-orang yang alim. Doa alim ulama itu termakbul.
Tapi saya bukan dari family background jemaah, betapa cemburunya saya melihat tarbiyah dari family jemaah. Saya sering membandingkan mereka dengan saya. Saya sering juga persoalkan kenapa saya tak dilahirkan dalam family background jemaah? InshaAllah Allah Maha Mengetahui. Semuanya terjadi bersebab.
Sangat berlainan cara tarbiyah family background jemaah dengan bukan jemaah. Saya nampak sendiri. Even ustazah saya bukan dari jemaah pun saya dapat lihat hasil dia mentarbiyah anak-anak dia. Sangat lain. Tapi akhawat yang tiada title ustazah yang berada dalam jemaah, mereka mentarbiyah anak-anak mereka dengan cara yang lembut even anak-anak mereka nakal tahap dewa. Dan hasilnya anak-anak mereka berjaya ikut cakap mereka.
Konsep tarbiyah anak-anak ikhwah dan akhawat ibu bapa mereka lebih kenalkan anak-anak mereka dengan Allah, dikelilingi banyak majlis-majlis ilmu dan diasuh untuk berdikari. Berdasarkan pemerhatian saya, anak-anak ikhwah dan akhawat sangat pandai-pandai dan mempunyai sikap merendah diri dan sangatlah tawaduk.
Kesimpulannya.. carilah jemaah untuk menyelamatkan diri kita dari fitnah dunia sekarang. sekurang-kurangnya ada juga orang yang ingatkan kita untuk berbuat baik. Jangan mencari kelemahan dalam jemaah tetapi carilah kekuatan dalam jemaah itu. Sebaik-baik manusia ialah manusia yang dapat memberi manfaat pada orang lain.. Wallahualam..







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI USRAH

Antara Tips-tips untuk kurus secara Sihat