Admire

Assalamualaikum..
Bertemu entry kedua saya pada tahun 2016
Sebenarnya tak tahu nak tulis apa
sebab tengah bosan sebenarnya
baru second week kuliah
jadi lecturer tak kasi lagi assignment.
Kesimpulannya saya tengah bosan.

Actually nak cerita pasal admire saya sebenarnya
Boleh dikatakan jugaklah 
kerap betul saya stalk blog dia.

Yelah kan,bila kita dah minat dengan someone
mesti kita nak tahu semua pasal dia kan?
Begitu juga dengan saya

Actually blog admire saya Dr Hidayah
saya jumpa di google
Saya taip nama beliau
Prof Madya Dr Nurhidayah Hashim
Jadi keluarlah di halaman google blog beliau

Apabila saya menjumpainya
terus saya stalk tentang beliau,
MashaAllah beliau merupakan seorang
wanita,ummi,pensyarah yang sangat hebat
Saya suka membaca penulisan di blog beliau.

Sometimes penulisan beliau
membuatkan mata saya masuk habuk
Penulisan beliau yang begitu akademik,santai dan ringan
sesuai dibaca oleh semua
yang inginkan motivasi

Saya kagum dengan semangat beliau
membuat PhD di Melbourne
Ya saya mesti,perlu ikut semangat beliau
dalam menuntut ilmu
Yang membezakan waqiy (suasana)
beliau dengan saya.


Dr Hidayah bersama PhD beliau

Boleh juga menjengah ke blog beliau
 sekadarpendapat.blogspot.com

Dalam blog beliau juga
beliau banyak cerita perihal tentang 
anak tunggal kesayangan beliau

Dari segi pemerhatian dan pembacaan saya
saya dapat simpulkan beliau seorang ummi
yang sangat loving,caring dan tegas.

Yaa saya mahu mencontohi peribadi beliau
dalam setiap semua aspek.

Bolehkah saya menjadi seperti beliau?
Bolehkah???
Menjadi persoalan saya sebenarnya

Beliau juga begitu baik dengan saya
Melayani karenah saya
Terima kasih Allah
Nikmat ini sungguh tidak ternilai
walaupun bagi sesetengah orang
ini hanya biasa-biasa




Tapi bagi saya ini nikmat yang sangat
luar biasa..

Terlalu banyak nikmat yang Engkau bagi
Kadang-kadang tanpa sedar
hambaMU ini tidak begitu bersyukur
malahan semakin futur Ya Allah

Semoga Allah menjaga insan-insan kesayangan saya dunia dan akhirat.

Hopefully one day saya akan menjadi seperti Dr Hidayah
Dapat mencontohi kegigihan beliau...

May Allah bless and grad you Dr Hidayah.

Semoga Tuhan permudahkan urusan saya
dunia dan akhirat.

Permudahkan urusan pengajian saya di universiti
Semoga tuhan berkati kehidupan saya.
Menerima amal ibadah saya

Semoga tuhan tetapkan iman saya
Tempatkanlah diri saya,ibu saya,adik saya,keluarga saya
murrabi,akhowat,guru-guru dan pensyarah saya
di dalam syurga.

Semoga Tuhan berkati kita semua.

Saya sayang antunna semuanya.
Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

DEFINISI USRAH

Antara Tips-tips untuk kurus secara Sihat

BANGGA HILANG DARA-remaja berusia 14 tahun buat pengakuan di internet terima kecaman ramai-METRO SABTU 4JUN 2011